Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua golongan blogger & pembaca.
Ini adalah kisah, terbitan yang bersambung dengan post aku sebelum ini yang bertajuk Bisnes Ikan Air Tawar....memang agak tawar rasanya bagi aku.
IKAN KELI HALAL & HARAM
aminfadzlan786.blogspot.com
Sekarang aku dah join, mengusahakan bisnes ternakan ikan keli secara serius/ seriously.
Aku bermula dengan membuat trading ikan keli.
Aku beli ikan keli yang dah memang cukup besar/saiz pasaran dari pengusaha/penternak ikan keli lain dan aku pasarkan balik dengan supply ke kedai-kedai makan Melayu.
Kebanyakan kedai-kedai makan nasi campur Melayu ini memang menjual ikan keli.
Dan semua supplier aku ini memang lah golongan orang Melayu.
So what the problems which arising adalah apabila aku baru nak stabilkan market untuk ikan keli aku ini mula lah bekalan ikan keli ini x cukup. Puas aku tanya pada kawan-kawan aku, penternak-penternak lain semuanya x ada.
Pelik jugak aku, x kan x ada langsung orang bela ikan keli kat World ini?
Ajaib sebabnya hari-hari orang makan ikan keli, mana pulak dieorang dapat ikan ini...
So disebabkan masalah itu dan ini, bermula lah kisah aku menjadi penternak ikan keli secara lebih serius. ( Wah dah jadi tokeh ikan keli lah aku ini )
Aku bermula dalam bulan January lepas,
Aku beli benih ikan keli dari supplier yang jugak kawan aku.
Sedikit je aku beli. Lebih kurang 5000 ekor.
Bulan February aku beli lagi.
Bulan Mac pun sama.
Bulan April pun serupa jugak.
Dan pada bulan April ikan keli aku dah start besar & cukup besar untuk dijual.
Buat bisnes ini aku dah target memang untung besar punya.
My Dream is to buy a brand new car, tapi kalau x mampu, dapat beli beli Ferrari lama pun jadi la.
Masalahnya bila aku start tuai ikan keli aku itu, hasilnya jauh meleset dari perancangan dan plan asal aku.
Bulan April itu ikan keli aku hanya keluar lebih kurang 50-80kg.
Dan memang jauh dari cukup untuk menanggung modal pusingan yang aku keluarkan setiap bulan.
So di sini apa yang ingin aku bincangkan / nyatakan ialah berkenaan masalah Bisnes Ternakan Ikan Keli.
Masalah utama yang aku hadapi adalah modal / duit.
Duit memang paling penting dalam apa jua aktiviti hidup.
Memang sangat-sangat susah untuk dapat modal untuk buat bisnes. Memang banyak iklan kerajaan cakap pasal bantuan itu dan ini tapi hakikatnya bila kita betul-betul perlukan memang susah nak dapat.
Nak dokumen itu dan ini, sokongan, dan bermacam-macam lagi karenah.
Masalah seterusnya adalah berkenaan benih ikan keli itu sendiri. Tapi Alhamdulillah dalam hal ini aku x ada banyak masalah.
So next adalah berkenaan pemakanan ikan keli itu sendiri.
Aku ternak ikan keli ini dengan bagi makan 100% pellet & 80% pellet yang aku gunakan itu adalah pellet Cargill Keli King.
Untuk pengetahuan semua, bagi ternakan ikan keli ini, untuk mendapat sekilo (kg) ikan keli dewasa, kita perlukan makanan sebanyak 2 kilo.
Dan harga makanan ikan di pasaran sekarang adalah Rm2.50 secara purata.
Then agak-agaknya macam mana nak jual ikan keli ini dengan harga bawah Rm5.00 ...?
Aku bukan nak cakap pasal nak naikkan harga yang membebankan rakyat jelata di bawah negara malaya ini.., but it is win-win situation for both parties. ( bukan parti politik )
Cuba bayangkan, harga ikan keli di pasaran sekarang around Rm5.50, tapi harga borong cuma dalam Rm4.00 . Ikan keli aku pulak aku jual pada harga Rm5.00 pada harga borong, harga pasaran aku pun x tahu lah.
Tapi pengguna boleh dapat ikan yang terbaik untuk di makan.
Aku rasa semua orang tahu pasal ikan keli murah yang dibela oleh orang-orang Non Bumiputera. Masalah pemakanan yang aku sendiri x tahan, x lalu nak makan ikan keli itu.
Bagi makan najis, bangkai, lemak haiwan dan termasuk juga Binatang Haram yang satu itu.
Ada sesiapa yang sanggup nak makan ker macam itu?
Tapi kamu makan juga kan, sampai licin tulang-tulang ikan keli kena bedal...
( Sesiapa yang faham, dalam ini aku dah masukkan sekali masalah berkenaan pasaran, so x perlu lah aku ulang banyak kali kan )
So aku harap cuma satu, kalau boleh orang Melayu di negara tanah air aku ini boleh buka minda, dan untuk kebaikan semua kita semua bersatu.
Kita tolong antara satu sama lain. Apa salah nya kita berbelanja lebih sedikit untuk sesuatu yang lebih berkualiti. Disamping itu kita boleh niatkan untuk beramal dan sedekah jariah.
Kepada sesiapa yang berminat nak membuat bisnes ikan keli ini boleh lah contact dengan aku. Kita boleh bincang, bertukar pendapat.
Aku still running lagi bisnes ikan keli ini. Aku harap aku dapat bertahan lah.
Sesiapa yang berminat nak joint venture ke share boleh la contact @ datang kat kolam aku.http://patintemerloh.blogspot.com/
http://patintemerloh.blogspot.com/
